Tuesday 7 February 2012

subhanallah ! masih nak lakukan maksiat ? bawa la bertaubat .

Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:

* Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
* Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
* Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
* Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
* Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
* Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
* Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
* Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
* Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
* Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
* Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Allah~ Sama-samalah kita renung-renungkan.

"Ya Allah, jauhilah kami dari azab seksaan kubur dan api nerakamu. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Rabbi." Amin.

nota kaki : entry ini bukan ditulis oleh wanie . hanya copy paste dari facebook . harap maklum . assalamualaikum ! ^^

No comments: